Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 yang seperti biasa diadakan di Putra World Trade Centre telahpun tamat beberapa hari lepas. Sambutan yang begitu hebat untuk pesta ini sedikit sebanyak memberikan harapan bahawa tradisi keilmuan masih segar dalam masyarakat kita. Kawasan di sekitar PWTC dipenuhi dengan kereta dan bas-bas sekolah yang membawa pengunjung ke pesta ini. Seperti tahun-tahun lepas, lebih 90% pengunjung PBAKL 2009 adalah dari kalangan orang Melayu.
Saya sempat mengunjungi pesta buku ini pada hari Sabtu dan Ahad lepas. Hari Sabtu dikhususkan untuk melayan anak-anak dengan melayan mereka membeli buku-buku yang mereka inginkan sementara hari Ahad adalah hari saya seorang diri ke sana bagi mencari buku-buku yang saya minati dengan lebih fokus tanpa sebarang 'distraction'. Tapi nampaknya kawasan ini begitu padat dengan pengunjung, menyebabkan agak sukar untuk meneliti buku-buku yang akan dibeli. Selain dari pengunjung yang datang bersama keluarga sempena hujung minggu, terdapat juga para pelajar yang datang dengan rombongan sekolah masing-masing.
Berdasarkan pengamatan saya, PBAKL ini tidak begitu mendapat publisiti sama ada di media cetak ataupun media elektronik. Mungkin bagi pihak penganjur, publisiti tidak perlu kerana semua booth telahpun 'sold out', dan mereka tidak perlu menghabiskan wang untuk publisiti selanjutnya. Sepatutnya tugas mempromosi ini diambil oleh kerajaan melalui kementerian tertentu sebagai satu tanggungjawab mereka memupuk masyarakat berilmu.

Satu perkara lagi yang diperhatikan ialah makanan dan minuman yang dijual di sini agak mahal dan begitu membebankan para pengunjung. Bayangkan secawan teh berharga RM3 sementara jus (cair) berharga RM5. Mungkin kos sewa tempat agak mahal, tetapi ini dapat diatasi dengan mengenakan sewa yang rendah semasa PBAKL. Tempat pameran ini adalah milik sebuah parti yang begitu gah memperjuangkan agenda bangsa Melayu. Tapi nampaknya mereka lebih berminat untuk membuat keuntungan maksimum dari pengunjung pesta buku ini yang rata-ratanya bangsa mereka sendiri. Bayangkan jika seorang bapa terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM10 untuk seorang anaknya untuk makan tengahari di situ.
Di harap pesta buku tahun hadapan lebih diberikan publisiti oleh kerajaan, dan tidak hanya dibiarkan kepada penganjur pesta yang lebih mengutamakan keuntungan tanpa memikirkan kepentingan umum. Diharapkan juga PWTC milik parti Melayu ini dapat menyumbangkan kepada golongan marhaen bangsa mereka sendiri dengan menggalakkan semua golongan masyarakat mengunjungi dan dapat menggunakan semua kemudahan di sini dengan bayaran minima. Mereka ini hanyalah golongan pekerja yang datang dengan keluarga masing-masing dan bukannya para perwakilan perhimpunan agong parti yang semua makan minum mereka ditanggung oleh para pelobi parti. Mereka ini hanya inginkan sedikit kemudahan di penjuru-penjuru kawasan PWTC dan bukannya inginkan makanan mewah di Riverside Cafe and Restaurant sepertimana para perwakilan perhimpunan parti.
Berhentilah dari hanya memikirkan untuk mengaut keuntungan dari bangsa sendiri.
Berhentilah dari hanya memikirkan untuk mengaut keuntungan dari bangsa sendiri.
2 comments:
teringinnya kita nak pergi..dah lama tak pergi pesta buku..alhamdulillah sini ada pesta buku jugak..kita pusing 3hari 3malam pun xsempat pusing semua betul2..
ayah n umi jadi tak nak pergi conference dekat Syria?
puak2 itu kalau mahu untung peduli apa keresahan orang lain.
sifat2 ikhlas, syukur, qana'ah, bantu-membantu, sadaqah jariah dan sebagainya sudah lama pupus. yang tinggal ialah kepentingan diri, egoisma, saling menekan orang atau biar apa org lain kata.
susah beroleh pahala, senang mendapat dosa.
Post a Comment