Thursday, April 23, 2009

Melayu Oh Melayu

Utusan Malaysia semalam memaparkan gambar tiga selebriti yang sedang menghadapi kes-kes di mahkamah syariah, sama ada kes rumahtangga ataupun kes khalwat. Gambar ini dihidangkan di muka depan akhbar berkenaan, seolah-olah kes-kes ini merupakan isu besar yang perlu diambil perhatian serius oleh para pembaca, yang tentunya terdiri dari orang Melayu.
Justify FullMedia arus perdana memainkan peranan yang penting dalam membentuk pemikiran masyarakat, dan apa yang dibaca oleh masyarakat adalah menggambarkan tahap pemikiran mereka. Jika penumpuan kita hanyalah kepada cerita-cerita sensasi artis, tahap pemikiran kita adalah pada tahap yang terlalu rendah. Media perdana terus menyumbang kepada tahap pemikiran yang rendah dengan menyajikan cerita-cerita yang langsung tidak membantu membina tahap intelektualisme bangsa kita, demi kerana mencapai volume jualan yang tinggi.

Dari satu aspek yang lain, kita semacam membina budaya mensensasikan dan menghebohkan cerita-cerita peribadi. Masalah rumahtangga adalah sesuatu yang begitu personal dan tidak sepatutnya dihebohkan, dan Islam melarang kita untuk membuka 'pekong' orang lain. Trend ini telah menjadi satu budaya masyarakat kita, dan ianya dipaparkan di media cetak dan juga elektronik.

Fenomena sekarang ialah kita diberikan bacaan sensasi dan murahan dalam media cetak. Dalam media elektronik pula kita dihidangkan dengan program-program mengarut dan juga telenovela, terutamanya dari negara jiran, yang langsung tidak menyumbang kepada pembangunan minda. Sekarang ini program televisyen kita dibanjiri pula dengan cerita-cerita tahyul yang hampir disiarkan setiap malam.

Kita semua sedar yang kita sedang menghadapi masalah generasi muda yang tidak suka membaca, dan graduan kita mempunyai tahap intelektualisme yang rendah, tetapi dalam masa yang sama media kita (terutamanya media berbahasa Malaysia) langsung tidak membantu dalam mempertingkatkan tahap pemikiran masyarakat. Beberapa orang jurutera di pejabat saya contohnya, lebih cenderung untuk membaca Harian Metro di awal pagi dan biasanya tidak akan menyentuh akhbar-akhbar lain yang agak 'heavy', dan bila diajak berbincang tentang isu-isu semasa, mereka nampaknya begitu 'blank' dan hanya mampu tersenyum.

Kita memang memilih untuk terus menjadikan masyarakat kita dan generasi depan terus mengalami kemandoman ilmu dan ketandusan intelektualisme dengan tidak membantu menyuburkan kewujudan suasana keilmuan. Itulah sebabnya program yang bersifat 'lagha' dan hiburan lebih diminati oleh generasi sekarang dibandingkan dengan program-program yang mampu menyuburkan minda mereka. Mungkin program sedemikian sudah menjadi salah satu dari pelan pendidikan kita.

3 comments:

Anonymous said...

Tepat sekali..sungguh menyedihkan dan membimbangkan apa yang akan terjadi pada generasi akan datang, walaupun ada kelayakan akademik yang tinggi, tahap pemikiran tidak berkembang. tidak byk pengetahuan am.

ummi abrar said...

posting yang membuka mata...teringat sewaktu sekolah rendah dulu, darjah 2 atau 3, sering ulang alik ke hospital sebab sakit kepala, doktor kata kurang tidur dan banyak membaca bahan yang berat..sekarang sakit kepala mengenangkan sikap adik2 yang masih belajar tapi malas betul nak buka buku....asyik2 ngadap tv dan berinternet, asyik belek2 cerita artis2...sedih pun ada...paling2 nak belek buku heavy skit pun bila nak interview kera kerajaan...

dariana said...

Yang amat dibimbangkan ialah mereka mengenali hidup ini sebagai lahwun wa la'ibun.... dan amat respon dengan hedonisme.

Akhirnya mereka akan 'mati kata' @ mati bagai katak yang suka main2 tepi jalanraya. Tak berguna dan tidak dipeduli siapa.

 

blogger widget
Touchsmart PC