Monday, April 20, 2009

Satu Penantian Untuk Penanti

Nampaknya terdapat perbezaan pendapat di antara Presiden UMNO dan Mursyidul Am UMNO sama ada mereka perlu bertanding atau tidak dalam pilihanraya kecil Penanti nanti. Tiba-tiba kita lihat mereka menjadi begitu prihatin tentang perbelanjaan beberapa pilihanraya kecil lepas yang dikatakan telah menelan belanja lebih RM2 juta.

Apalah sangat angka sebanyak itu jika dibandingkan perbelanjaan untuk projek angkasawan yang mencecah hampir RM100 juta. Apalah sangat angka sebanyak itu jika dibandingkan dengan duit yang ditaburkan semasa perhimpunan UMNO lepas. Berapa sangatlah jumlah itu jika dibandingkan dengan RM7.1 juta yang terpaksa dibayar oleh Osu Haji Sukam kepada kasino di UK. Jumlah itu juga amat kecil jika dibandingkan dengan wang yang dibayar kepada kontraktor untuk projek 'mee segera' yang pastinya pada harga yang di'inflate'kan.

Kak Tijah, ketua cawangan UMNO seksyen berdekatan tentunya akan memprotes jika UMNO memilih untuk tidak bertanding dalam PRK Penanti nanti. Sejak beberapa bulan ini, hidup Kak Tijah begitu 'lumayan' kerana biasanya beliau akan dapat sekitar RM500 untuk turut serta berkempen dalam beberapa PRK lepas. Tak tahulah berapa yang diperolehi oleh Ketua Bahagian ataupun pemimpin UMNO yang 'ranking'nya agak tinggi. Dalam PRK lah masa duit akan ditaburkan, dan masa sebegini adalah merupakan 'harvesting season' untuk Kak Tijah dan orang-orangnya. Motto Kak Tijah ialah 'kita sokong siapa yang bagi duit kat kita'.

Penanti adalah satu lagi penantian untuk Kak Tijah. Tapi biasanya semasa hari pengundian, beliau akan balik agak awal dan meninggalkan pondok panas parti kosong sebelum tengahari. Katanya, duit dah dapat, tunggu apa lagi. Masa berikutnya adalah untuk shopping.

Presiden UMNO tentunya akan menjadikan Kak Tijah hampa jika beliau memilih untuk tidak meletakkan calon nanti di Penanti, dan penantian Kak Tijah untuk 'menuai' duit seterusnya menjadi lebih panjang.

Wang atau bangsa? Pilihan Kak Tijah adalah jelas.





2 comments:

Abdul Azim said...

Kita doakan rakyat Malaysia sedar akan kepentingan menyokong pemerintahan Islam. Balik nanti kita boleh daftar untuk mengundi kan ayah?

ayah said...

الناس على دين ملوكهم
'Manusia itu mengikut apa yang diimani oleh para pemimpin mereka'.

Jika para pemimpin kaki rasuah, rakyat akan jadi tolerant dgn rasuah. Jika para pemimpin kaki maksiat, rakyat akan hidup bergelumang dgn maksiat.

Selamat mempersiapkan diri untuk menjadi golongan yang terbaik, atau menjadi tonggak kepada golongan yang terbaik, Azim.

 

blogger widget
Touchsmart PC