Thursday, November 20, 2008

Bila Si Kurang Cerdik Mentadbir Si Cerdik

Pelantikan Naib Canselor UM yang baru telah menjadi isu hangat hingga menjadi panas di Parlimen. Maka timbullah cabar-mencabar dan ugutan saman oleh pihak tertentu sehinggakan keluarlah beberapa statements yang tidak berapa sedap didengar ('thing between the legs', 'they can appoint monkey' etc). Seterusnya isu ini menjadi isu politik oleh seorang menteri pencen yang menyifatkan penamatan Datuk Rafiah sebagai satu diskriminasi terhadap wanita.

Memang Datuk Rafiah mempunyai 34 tahun perkhidmatan yang cemerlang sama ada dalam dunia akademik ataupun bidang korporat. Dalam bidang akademik, beliau adalah bekas Dekan Law Faculty, UM sementara dalan bidang korporat, beliau pernah menjadi executive director ICLIF, General Manager di Maybank dan Assistant Secretary General for United Nations Human Resource Management. Pencapaiannya meningkatkan penerbitan UM dari 3,300 kepada 5882 tahun ini dan menaikkan ranking UM dari ranking ke 246 tahun lepas kepada ranking ke 230 tahun ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan.



Isu di sini bukanlah untuk membandingkan di antara Datuk Rafiah Salim dan Datuk Ghauth Jasmon. Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing yang perlu dihormati dan dihargai (walaupun secara peribadi, tentunya seseorang yang memiliki higher academic credentials mempunyai kelebihan dalam memimpin satu pengajian tinggi). Isu di sini ialah tiadanya basic human decency dalam menamatkan perkhidmatan beliau. Dalam masa yang sama, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi agak kurang cerdik dalam memberikan jawapan di dalam parlimen yang seolah-olah merendah-rendahkan keupayaan bekas VC ini.



Inilah bahananya bila manusia yang kurang cerdik mentadbir golongan yang lebih cerdik darinya. Si Timbalan Menteri perlulah melakukan sedikit homework dan berfikir sebelum mengeluarkan statement yang mungkin agak offensive, terutama ke atas golongan ultra cerdik ini yang mempunyai ego yang tinggi. Sepatutnya credit mestilah diberikan where it is due dan statement yang dikeluarkan perlu berhikmah. Fenomena statement bodoh ini sudah menjadi satu trend di Malaysia di mana telinga kita selalu disantakkan dengan komen-komen bapak menteri yang seolah-olah menganggap rakyat seperti golongan yang tidak boleh berfikir. Tambahan pula ahli-ahli politik masih beranggapan yang mereka boleh melakukan apa saja dan cakap apa saja semasa mereka sedang memegang kuasa.

Senarai komen-komen bodoh dan kurang cerdik oleh bapak-bapak menteri ini amat panjang dan nampaknya tidak akan berhenti dalam masa terdekat ini. Cuba lihat contoh-contoh betapa 'bernas'nya komen-komen berikut:

Hamid Albar : 'Penahanan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng adalah bagi menjamin keselamatannya'.
Nazri Aziz : 'Saksi akan diberikan identiti baru di bawah Witness Protection Act (mana ada Wittness Protection Act? kena masuk balik kolej, belajar Law 101)
Zainudin Maidin : His interview with AlJazeera confirmed his stupidity.

Senarainya agak panjang untuk ditulis di sini. Itu belum lagi dikira tindakan bodoh seperti memberikan gelaran Dato' kepada Khalid Jafri dan Shah Rukh Khan atau melarang lawatan kakitangan kerajaan negerinya ke Kelantan.

Sampai bilakah orang-orang yang kurang cerdik ini akan mentadbir kita? Yang merisaukan, ada di antara mereka ini yang akan mencuba nasib untuk menjadi orang No. 2 dalam parti nanti. Dan Malaysia nanti akan terus dipimpin oleh manusia yang tidak begitu cerdik.

Albert Einstein pernah berkata: 'Two things are infinite: the universe and human stupidity, and I'm not sure about the universe'.

Semoga yang akan memimpin ummah ini adalah yang terbaik di kalangan kita.

salaam


3 comments:

pakDean said...

insya-Allah.. moga Allah menghadiahkan kemenagan buat cerdik pandai untuk menjadi pemimpin kita kelak.. mungkin juga dari kalangan 'The Mohamad'.. insya-Allah, Takbir!!

Anak Timur Laut said...

'Apabila sesuatu perkara itu disandarkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat' - alhadith.

Waiting for one of the Mohamads.

Anonymous said...

Mereka akan ditanya soalan tambahan di akhirat kelak mengenai jawatan2 mereka..smoga mereka sedar akan hal ini..

"Apabila kita tidak meletakkan sesuatu pada tmptnya yg betul, makan itu adalah zalim"

 

blogger widget
Touchsmart PC