Wednesday, November 26, 2008

Down Memory Lane - Carnegie

Time to tone down a bit on my entries after a series of heavy stuffs.

Sesiapa yang biasa dengan bandar Kota Bharu tahun 70an dan awal 80an pasti akan tahu di mana perpustakaan Carnegie. Ini adalah perpustakaan awam negeri Kelantan yang telah diasaskan hasil bantuan 1,000 pound sterling dari Yayasan Carnegie, New York. Perpustakaan Carnegie adalah perpustakaan pertama di Malaya dan ditubuhkan pada tahun 1938. Perpustakaan ini dahulunya bertempat di Jalan Doktor sebelum dipindahkan ke bangunan baru sekarang di Jalan Mahmud pada tahun 1982. Mungkin tapak bangunan Tabung Haji sekarang adalah tapak bangunan Carnegie dahulu.

Tempat inilah yang menjadi tumpuan kami adik-beradik setiap musim cuti sekolah ataupun hari minggu (Sabtu). Of course there would be no objection at all from Ma when we asked her permission to go there. Looking back, this library played an important role in our overall education.

As a boy who came from a poor family (but put a great emphasis on education), we did not have the luxury of getting all the books that we wanted (even to buy text books, we have to 'hunt' on the first day of schooling every year to get the best bargain from the seniors for the used books). Other than my father's 'kitabs' that I used to read (Nurul Yaqin fi sirah sayyidil mursalin, kitab perbandingan 4 mazhab etc) and also a stack of majalah Mastika (those days this magazine is full of information, and not like today's Mastika), Dewan Sastera and Dewan Bahasa owned by my elder brother, Abdul Hadi, and sometimes my elder sister's textbooks for her SPM or STPM (Sejarah Islam by Dasuki Ahmad, Keluarga Gerilya by Pramoedya Ananta Toer and Hikayat Hang Tuah by Kasim Ahmad), Carnegie is another place for us to satisfy our thirst for reading materials and knowledge.

Perpustakaan Carnegie hanyalah sebuah bangunan satu tingkat seakan-akan rumah bungalow yang amat simple, tetapi bangunan inilah yang menjadi tempat kami menimba maklumat dan sumber utama bahan bacaan kami. Di sinilah kami mula mengenali sasterawan-sasterawan negara (melalui buku-buku mereka) seperti Shahnon Ahmad, Pak Sako, Keris Mas, Tongkat Warrant dan S. Othman Kelantan serta beberapa tokoh sastera Indonesia seperti Hamka, Marah Rosli dan Moechtar Lubis. Novel-novel mereka amat memberi kesan, seperti Shahnon Ahmad dengan Ranjau Sepanjang Jalan, Rentong dan Srengenge yang menggambarkan kehidupan golongan petani dan perjuangan mereka dalam menempuh kehidupan, Pak Sako dengan novel Anak Mat Lela Gila dan Putera Gunung Tahan, S. Othman Kelantan dengan Angin Timur Laut, Hamka dengan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Lembaga Budi, Marah Rosli dengan novel Siti Nurbaya dan Moechtar Lubis dengan novel Harimau!Harimau!. Agak panjang untuk disebut semuanya di sini, tapi ayat-ayat dalam novel-novel ini seakan-akan masih segar dalam ingatan dan memberi kesan yang besar dalam memberikan perspektif tentang kehidupan kepada kami dalam usia belasan tahun masa itu.

Itulah jasa Perpustakaan Carnegie yang kami kunjungi setiap hujung minggu dan setiap hari semasa cuti sekolah, dan buku-buku yang dipinjam akan digalas berjalan kaki beberapa kilometer balik ke rumah. Hanya bila musim banjir perpustakaan ini terpaksa ditutup kerana biasanya air akan naik agak tinggi di kawasan ini.

Perpustakaan Carnegie juga adalah alasan paling valid yang diberikan kepada Ma untuk mendapat permission keluar rumah. Cuma sekali-sekala kami akan melencong sedikit sama ada ke Sungai Kelantan untuk mandi di bawah Tambatan Di Raja ataupun mandi di Paya Tok Gading (termasuk menangkap ikan laga dan main rakit). Minta maaf banyak-banyak, Ma. Anyway, anak Ma yang paling suka mandi paya dan bela ikan laga tu dah dapat PhD dan dah ada title Dr pun.

salaam.

9 comments:

anak sulung ayah said...

ayah xpernah cerita kat kitorang pun..xpernah dgr ayah cerita pasal perpustakaan carnegie..
dpt jgk kita tahu sejarah ayah sket2..
kita kecik2 lagi nakal kot..hehe

c dah said...

azim...tau tak pa...he he...c dah pun ingat perpustakaan ni...tapi c dah tak join bab mandi sungai tu...kalau c nor ada lah kot..mandi paya, main rakit, nasib tak lemas...tak caya tanya dia...

Anak Timur Laut said...

perpustakaan carnegie ni banyak jasanya. tan sri ahmad nordin (bekas auditor general, meninggal 2006) menjadikan tempat ni sebagai sumber bahan bacaannya sampaikan dia dikenali sebagai 'storyteller' bila dia balik kampung di pasir mas. seorang kakitangan telekom (di bangunan berdekatan) selalu meninggalkan anaknya di sini sebelum gi kerja, dan khabarnya anaknya did very well in his study.

bab mandi paya ni nanti entry lain.

anak sulung ayah said...

oh yeke?
kita pun pernah mandi paya..hehe..
c nor adventurous jugak rupanya kecik2 dulu..hehe..

pakDean said...

salam.. tumpang lalu.. sangat teruja dengan blogpost ini.. sejarah yang mendewasakan kita semua.. tahniah kpd semua makcik pakcik ku.. hm, che dah bile nak berblog? nak dengar gak cerita c dah.. huhu.. mesti best kan.. nak dengar cerita dari mulut, takda masa... kalu dengar dari blog camneh, rase best n point tuh sampai!

Anonymous said...

Maksu said : Maksu sokong comment Iju tu...blogging is a good avenue to express oneself and make others understand u better...

c daha said...

iju...c dah tak byk cerita kecik2 dulu sbb c dah baik...tapi kalu nak tulis blog la ni tak gerak la phD c dah gamaknya...la ni pun very2 slow...hu..hu...hu

dariana said...

masing2ada kisah wey...abg d / ayh d nak cerita gak tapi semula lah di http://keroncongdariana.blogspot.com
cite2 lama ....nostalgik.

Anak Timur Laut said...

Abd D lagi banyak ceritanya, termasuk life di Che He. Bolehlah share dlm blog nanti.

Nak confine to socio-political posting saja pun kdg2 boring jugak, dan dlm kes politik kdg2 memualkan.

 

blogger widget
Touchsmart PC