Thursday, November 13, 2008

Alahai Kak Ijat

Membaca artikel ini semalam di NST agak menarik perhatian saya. Apa dah jadi, Kak Ijat? Kalau benarlah apa yang ditulis dalam artikel ini, maknanya Kak Ijat tak ada proper planning dalam langkah politik Kak Ijat. Sampaikan macam kena lenyek dek steamroll oleh Makcik Fidah dan lain-lain makcik dalam UMNO masa meeting tu dan di label sebagai too soft dan meek. That's not a good impression that you gave to ahli-ahli Wanita UMNO lain. Sampaikan tak dijemput open house Raya pun kena grill dek Mak Cik Fidah 10 minit.

Seperti yang disebut dalam artikel ini, Kak Ijat tak sepatutnya attend meeting tersebut. Keputusan menghadiri meeting sedangkan Kak Ijat tahu akan kena bombard kiri kanan sampai supporter sendiri pun tak boleh defend adalah lebih teruk dari keputusan General George Armstrong Custer dalam Battle of the Little Bighorn melawan Red Indians yang dipimpin oleh Crazy Horse dan Sitting Bull. Sekurang-kurangnya Gen. Custer ada assumptions masa nak redah serang Red Indians, walaupun assumptions tu semuanya salah.

Kak Ijat memang tahu yang dalam meeting tu terlalu ramai crazy horses dan bulls, yang mungkin raging bull atau dalam keadaan tertentu, mungkin boleh jadi crying bull.




Kalau macam ni susahlah nanti karier politik Kak Ijat. Nak dapat balik Lembah Pantai amatlah malap dek penangan Puteri Reformasi. Nak balik negeri kat Penang, UMNO dah tak berapa laku dah kat sana. Nak ke Kelantan, negeri suami Kak Ijat, tak mungkin sekali sebab UMNO dah lama expired kat sana.

Dok teragak-agak lagikah nak lawan Mak Cik Fidah tu? Memang bukan senang nak lawan Rafidah AP Aziz ni sebab dia memang banyak duit. Kak Siti Zaharah pun dah rasa bahananya lawan Mak Cik ini, sekarang dah masuk political black hole. Kalau perlantikan berdasarkan tender seperti cadangan 'the articulate minister' Rais Yatim, memang Kak Ijat tak ada can langsung. Apa tidaknya? Dalam proses tender kat Malaysia ni, duit kena 'donate' start dari nak dapat tender sampai nak dapat final payment. Ish, banyak kena belanja tu. Dalam toilet PWTC masa persidangan pun , donation masih berjalan.

Apapun Kak Ijat, semoga meeting itu tidak menjadi Kak Ijat's Last Stand sebagaimana Little Bighorn menjadi Custer's Last Stand. Semoga Kak Ijat akan dapat membuat keputusan yang tepat nanti dan berjaya menjadi No. 1 dalam Wanita UMNO. Cuma untuk lebih berkat, rasanya lagi afdhal kalau tudung atas kepala tu Kak Ijat letak kemas-kemas sikit tanpa menampakkan jambul tu. Tak kesahlah colour apa tudung tu, merah pun tak apa, janji tutup semua, macam Kak Kamilia. Kan Kak Ijat dah bergelar Hajjah? Nanti dikata orang macam Hajjah Siti Nurhaliza pulak.

2 comments:

LOVE from Sabah said...

Salaam Pak Busu..

Alkisah "Alahai kak ijat" sgt menarik- definitely menjadi toolbar bookmarks ana di negri bawah bayu

Nice job- pak busu mmg berbakat
Please keep on writing....turning words into poems =)

Anak Timur Laut said...

salaam ana,

thanks for visiting. saja nak asah balik bakat lama.


rasanya belum boleh buka chatbox,tak ada masa nak respond.

make the most out of your stay di negeri orang. learn everything and do not limit yourself on electrical engg/procurement only.

salaam

 

blogger widget
Touchsmart PC