Friday, December 18, 2009

F1 atau Fool One

Selamat menyambut Maal Hijrah 1431H untuk seluruh umat Islam.

Terlebih dahulu, tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia kerana memenangi pingat emas dalam Sukan SEA di Laos malam tadi. Sudah lama kita tidak melihat 'fighting spirit' yang tinggi dari pasukan bolasepak Malaysia, melawan hingga ke minit akhir dan terus fokus walaupun kadang-kadang mendapat terjahan kasar dari pihak lawan. Dalam kebanggaan ini, kita juga merasa sedih memikirkan berapa ramai umat Islam yang juga menyambut Maal Hijrah dengan meninggalkan solat Maghrib kerana sebiji bola, dan yang menyambut tahun baru Hijrah dengan sorakan di hadapan peti TV dan bukannya dengan bacaan doa di awal tahun seperti yang digalakkan dalam Islam.

Bermula tahun 2010, Malaysia akan terlibat secara langsung dalam sukan Formula 1 dengan nama Lotus F1 Racing, ataupun 1Malaysia F1 Team. Dengan itu secara rasminya kita akan menyertai sukan paling mahal di dunia ini. Lotus F1 Racing merupakan salah satu daripada empat pasukan baru yang akan menyertai sukan F1 tahun depan. Yang lainnya ialah Virgin Racing (milik Sir Richard Branson, billionaire British), Campos Meta dan Team US F1.

Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, dan memandangkan bahawa ekonomi kita tidak berada dalam keadaan yang baik seperti yang diakui oleh Menteri Kewangan 2, Datuk Husni Hanadzlah, kita ingin bertanya wajarkah penglibatan kita dalam sukan ini? Sudah pasti kita akan membelanjakan wang yang banyak untuk tujuan research & development (R&D) dan rekabentuk kereta itu nanti. Pada tahun 2007, majalah F1 Racing telah melaporkan bahawa semua 11 pasukan yang bertanding telah membelanjakan USD2.9 billion dengan pasukan Toyota membelanjakan sebanyak USD418.4 juta, Ferrari USD406.5 juta, McLaren USD402 juta, Honda USD380.5 juta, BMW Sauber USD355 juta yang paling sedikit ialah Super Aguri sebanyak USD57 juta. Mampukah kita membelanjakan duit sebanyak itu hanya untuk mendapat gah, sedangkan pengeluar kereta ternama telahpun angkat kaki dari sukan ini seperti Honda bermula tahun 2009 dan BMW dan Toyota bermula tahun depan. Di mana kita dalam pengeluaran kereta dibandingkan dengan ketiga-tiga syarikat ini?

Lotus F1 Racing akan wakili oleh Jarno Trulli dan Heikki Kovalainen. Berdasarkan rekod, pendapatan tahun 2009 Heikki Kovalainen ialah sebanyak USD3.5 dan Jarno Trulli sebanyak USD 6.5 juta. Ia akan diterajui oleh Mike Gascoyne sebagai Chief Technical Officer, Keith Saunt sebagai COO dan Paul Craig sebagai General Manager. Berdasarkan sumber F1, pendapatan tahunan Mike Gascoyne ialah sebanyak USD8 juta dan merupakan 'the highest paid engineer' dalam sukan F1. Kita amat berminat untuk tahu berapakah yang akan dibayar oleh Malaysia kepada pemandu dan semua pakar-pakar ini.

Sukan F1 adalah satu sukan yang memberi penekanan kepada bidang sains terutama bidang aerodynamics. Mike Gascoyne sendiri adalah seorang bekas calon PhD dalam bidang fluid dynamics. Untuk R&D, satu pusat teknikal perlu ditubuhkan, dan ianya akan didirikan di Sepang International Circuit. Satu tool asas untuk kajian aerodynamics ini ialah 'wind tunnel' yang kos puratanya ialah USD50 juta. Wind tunnel ini perlu diurus 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Mungkin kos pusat ini akan sama dengan kos pembinaan SIC itu sendiri.

Hanya untuk mendapat gah, kita nanti akan membelanjakan wang yang banyak, dan tentunya yang kenyang nanti ialah orang asing yang mendapat habuan tahunan berjuta-juta ringgit, dan dalam masa yang sama dapat melakukan eksperimen untuk teori-teori teknikal mereka 'at our expense'. Rekod sebahagian mereka bukanlah begitu baik, dan kerap berpindah pasukan (sama ada dipecat ataupun meletak jawatan), dan salah seorangnya digelar 'bulldog' kerana sikap agresif dan 'confrontational'nya.

Cukuplah kebergantungan kita kepada orang asing dalam perkara yang kita tidak ada 'expertise'. Berdasarkan pengalaman saya dalam infrastruktur, mereka ini dibayar begitu tinggi sehingga RM170,00 sebulan bagi seorang jurutera. Apa yang kita dapat dengan penglibatan kita dalam sukan ini selain dari memenuhi selera dan impian beberapa kerat manusia yang meminati sukan F1 seperi Tony Fernandes (yang berjaya mengikuti jejak 'guru'nya, Sir Richard Branson), Riad Asmat dan Mat-Mat Saleh yang berjaya meyakinkan kita untuk kita menghabiskan duit kita bagi meneruskan kerjaya mereka dalam F1.

Seperti budak-budak Berek 12 selalu kata 'a fool and his money will soon parted'.

1 comment:

Abdul Azim said...

Sukan ni memang membazirkan duit rakyat. Rmi lagi orang yg ada hak dalam duit utk F1 tu.

 

blogger widget
Touchsmart PC