Sunday, August 2, 2009

'Penyempurnaan' Kezaliman ISA


Justify Full

Pada 01 Ogos 2009 lepas, telah 'sempurnalah'* satu kezaliman ke atas keluarga Mat Sah Satray, seorang tahanan ISA bila isterinya, Cikgu Laila dan anaknya, Suhaib telah juga ditangkap oleh pihak berkuasa. Wanita cekal ini, yang suaminya telah diambil polis 7 tahun lalu adalah merupakan 'frontliner' dalam gerakan memansuhkan akta zalim ini.


Sehingga ke hari ini, dua beranak ini adalah di antara 69 orang yang masih ditahan reman oleh polis. Kesalahan mereka hanyalah kerana menyatakan tentangan mereka terhadap satu akta yang telah menyebabkan mereka kehilangan ketua keluarga mereka tanpa sebarang alasan diberikan. Apakah lagi yang boleh dilakukan oleh seorang isteri bila dia dipisahkan dari suami yang menjadi tempatnya bergantung? Apakah lagi yang dapat dilakukan oleh Suhaib, seorang anak remaja yang telah membesar selama 7 tahun tanpa kasih sayang seorang ayah? Peluang bertemu dengan ayahnya hanyalah bila mereka berjumpa di balik pemisah kaca di Kamunting, ataupun bila neneknya (ibu Mat Sah) sakit dan seterusnya meninggal dunia beberapa bulan lepas. Cubalah kita baca luahan hati adik Suhaib di sini.

Polis kita begitu cekap menangani kes yang membabitkan isu yang melibatkan kepentingan parti pemerintah seperti ini. Contohnya, orang tua lebih 70 tahun ini ditahan hanya kerana kesalahan memakai baju anti-ISA.
Betapa kita mengharapkan mereka juga begitu cekap dalam menangani kes-kes jenayah yang semakin hari semakin meningkat. Betapa kita mengharapkan mereka tidak bertindak keterlaluan dalam menangani perhimpunan aman yang hanya ingin menyampaikan satu protes ke atas satu akta zalim kepada Duli Tuanku. Tetapi melihatkan kepada gambar-gambar ini, kita tidak pasti siapakah yang memulakan tindakan ganas. Siapakah yang menyebabkan kedai-kedai berdekatan ditutup dan mengalami kerugian? Tentunya bukan para peserta perhimpunan, dan bukan juga Unit Amal yang mempunyai reputasi baik dalam mengawal keadaan.


Doa kita adalah bersama dengan 69 orang yang masih ditahan. Doa kita untuk keluarga Mat Sah Satray, agar terus tabah dalam mengharungi kezaliman yang berterusan menimpa mereka. Doa kita juga untuk pasukan keselamatan agar sedar bahawa tangkapan menyeluruh begini bukanlah cara yang sewajarnya, dan menggari seorang remaja bagaikan seorang penjenayah besar seperti gambar di atas tidak menghantar satu mesej yang baik kepada seluruh rakyat.



*Perkataan 'penyempurnaan' kepada satu kezaliman adalah sekadar meminjam perkataan dari lagu 'Sabra dan Shatila' oleh Allahyarham Zubair Ali. Beliau menggambarkan kezaliman Israel di Sabra dan Shatila sebagai 'menyempurnakan' kezaliman yang telah sekian lama mereka lakukan.

3 comments:

Khairulkalu @ Mr. K said...

salam.
rasanya ISA masih relevan utk menangani beberapa isu keselamatan negara (tp bukan utk tahanan bersifatkan politik). cuma perlu di kaji semula / di hapuskan kuasa menteri dlm negeri agar tidak menjadi 'kuasa besar' dlm akta tersebut.

hanya pandangan..

Anak Timur Laut said...

jangan diberikan pistol kepada seorang perampok, dia akan menyalahgunakan pistol itu bagi mengisi temboloknya.

jangan diberikan amanah itu kepada yang bukan ahlinya, dia akan menyalahgunakannya.

Khairulkalu @ Mr. K said...

jadi pada pandangan ayah la apakah ISA sudah tak relevan?

dan

adakah ayah la pasti 'kita' takkan gunakan ISA utk memerintah negara nanti?

mohon pandangan...

 

blogger widget
Touchsmart PC