Sunday, May 31, 2009

Seorang Gadis Kecil Di Kota Suci

Satu memoir umrah 2007 untuk perkongsian.

Seorang Anak Kecil Di Sebuah Kota Suci

Di suatu malam di kota suci penuh damai ini
Sedang aku mencari sesuatu di celah-celah gedung penuh mewah
Datang seorang anak kecil meminta
Mungkin untuk sekadar mengalas lapar di malam itu
Tapi aku dengan penuh keakuanku
Memilih untuk tidak memenuhi harapannya

Anak kecil itu
Yang juga memimpin seorang nenek tua bersama
Menuju pula seorang wanita serumpunku
Yang kemudian membawa mereka bersama
Melayani apa juga yang anak kecil itu minta
Dan membelikan makanan kepada nenek tua
Yang dapat menghilang rasa lapar mereka
Di malam hari yang semakin sejuk dan gelita
Dan
Seri wajah anak kecil itu
Serta riak syukur nenek tua itu
Membuat aku termangu

Tuhan
Sejuta syukurku kerana tarbiyah ini
Yang begitu menyedarkan aku
Betapa wanita serumpun itu
Sememangnya lebih mulia dari aku
Yang konon mengerti setiap firman
Dan faham segala sabda

Dan di waktu subuh ini
Di dalam Raudhah di masjid NabiMu ini
Di dalam sendu mendengar ayat yang dibaca
Yang bagaikan menempelakku
Giliranku pula menjadi bagaikan seorang anak kecil
Yang menagih sedikit maghfirahMu

Tapi adakah air mata yang ditumpahkan
Di pagi mulia di tempat barakah ini
Dapat memadamkan satu kekesalan
Mampu menghapuskan satu kekhilafan
Pada sepasang tangan kecil itu
Dan harapan seorang nenek tua
Yang aku nafikan hak mereka


madinah munawwarah
16 Mac 2007



3 comments:

dariana said...

la tataharraku dzarratan illa bi iznillah.

gerak sesuatu adalah dengan izin Allah. kekadang si bocah kecil itu masuk menghulur tangan ke arah kita adalah posting dari Allah mahu menguji kita!
tanpa sangsi jika mereka hulur tangan di mana2 pun. hulurlah alyadul 'ulya kita. kita akan peroleh rahmat dan barakah.

Abdul Azim said...

ayah insyaAllah ade rezeki kita akan menunaikan umrah awal bulan 7 ni..ayah doakan ye..

Anak Timur Laut said...

kdg2 kita terpengaruh dgn persepsi negatif pengemis yg terlalu ramai di mekah. tapi madinah nampaknya lain sikit, agak genuine. on the spot tarbiyah,anyway. alhamdulillah.

masa umrah nanti, hayati juga liku2 perjuangan Rasul dan sahabat dan jgn confine to ibadah khusus saja. e.g., hayatilah kisah asma' yang setiap hari menghantar bekalan kpd Nabi di gua hira sdgkan beliau sdg mengandung. kalau tengok gua tu, tempatnya terlalu tinggi dan curam. cari kawan di madinah dan mekah yang boleh tunjuk kesan sejarah juga.

 

blogger widget
Touchsmart PC