Sunday, May 10, 2009

Di Masjid

Di suatu tengahari yang panas, aku melangkah ke masjid bagi satu kefardhuan. Tangan dan muka aku basahi dalam wudhu' itu, dan kemudian air wudhu' itu aku basahi belakang leherku. Ah, terasa nikmatnya dalam panas terik ini.

Betapa aku begitu jarang memberikan hak anggota badan ini dalam wudhu'ku seharian. Maafkan aku kerana selalu melupakanmu dalam setiap penyucian sebelum solatku.

Selepas solat, terlihat seorang insan bersolat di atas kerusi. Ruku' hanya membongkok sedikit saja, kemudian sujudnya merunduk sedikit lagi. Dahinya tidak lagi mampu mencecah sejadah.
Ilahi. Syukurku kepadaMu tidak terhitung kerana masih memberiku ni'mat ruku' padaMu. Syukurku kepadaMu tidak terhingga kerana mengizinkan dahi ini masih boleh terus menghinakan diri di depanMu.

Syukur kepadaMu atas segala-galanya, ya Rabbi

2 comments:

Abdul Azim said...

Alhamdulillah atas nikmatnya..
Ayah kena jaga makan tau..kena exercise selalu jugak..at least jogging ke..
dekat sini hampir setiap masjid ada kerusi panjang utk org2 tua yg xmampu solat berdiri..kita tgk arab2 ni suka minum pepsi n air2 bergas..kaki semua xkuat mungkin sbb diabetic..
smoga kita semua dikurniakan nikmat kesihatan yg selalu kita kurang jaga n peka..

tamupulaumelaka said...

si masjid uda murni kota bhar abg d lihat ada 2-3 orang pesara bersolat begitu. solat jangan tak solat... fardhu tu..
mereka tahu tu..
eh abng d juga terkadang terpaksa solat demikian... solat khusus org 2 uzur.. namun alhamdulillah..

 

blogger widget
Touchsmart PC