Pasti Kau Akan Menangis, Wahai Umar
Apa katamu wahai Umar
Bila melihat umat ini
Tidur nyenyak di hotel 7 bintang
Dan bermewahan makan minum
Sedangkan kau hanya tidur di atas pelepah tamar
dan engkaulah orang pertama merasa lapar kalau rakyat kelaparan
dan orang terakhir merasa kenyang bila rakyat kenyang
Apa katamu nanti wahai Umar
Bila melihat umat ini dipimpin sang penipu dan pendusta
Yang mengaut harta milik negara
Yang rakus memegang kuasa secara dusta
Sedang di zamanmu
Semua amir adalah golongan terpilih
Yang enggan menerima amanah
Hinggakan katamu:
"Kamu serahkan kepadaku amanah ini, sedangkan kamu membiarkanku sendirian"
Apa katamu nanti wahai AlFaruq
Bila mendengar umat ini
Terbang ke sana sini melewati bumi Al-Aqsa ini
Menjadikan bumi barakah ini bagaikan yatim sendirian
Sedang suatu masa dulu
kau membebaskan Al-Aqsa
denganbergilir menaiki unta dengan khadammu
Tahukah kamu wahai Umar
Bahawa kami cukup berbangga denganmu
Tapi
Kau pasti akan menangis wahai Umar
Bila 1300 tahun selepas AlAqsa kau bebaskan
Umat ini sekali lagi menantikan kehadiranmu
Kerana umat ini begitu ketandusan sosok sepertimu
5 comments:
We can sit and sleep over problems we see around us. Our Prophet saw them, much worse, all around him, to the extent of life threatening. No doubt he was a chosen one and we are not. But that does not stop us from waking up to the urgent call - to do something in whatever way we can. We are living a much more luxurious life than he and his families and his friends.
saya terharu,. :)
wahai umar......
Benaq apa dikata..
Post a Comment