Sunday, May 31, 2009

Seorang Gadis Kecil Di Kota Suci

Satu memoir umrah 2007 untuk perkongsian.

Seorang Anak Kecil Di Sebuah Kota Suci

Di suatu malam di kota suci penuh damai ini
Sedang aku mencari sesuatu di celah-celah gedung penuh mewah
Datang seorang anak kecil meminta
Mungkin untuk sekadar mengalas lapar di malam itu
Tapi aku dengan penuh keakuanku
Memilih untuk tidak memenuhi harapannya

Anak kecil itu
Yang juga memimpin seorang nenek tua bersama
Menuju pula seorang wanita serumpunku
Yang kemudian membawa mereka bersama
Melayani apa juga yang anak kecil itu minta
Dan membelikan makanan kepada nenek tua
Yang dapat menghilang rasa lapar mereka
Di malam hari yang semakin sejuk dan gelita
Dan
Seri wajah anak kecil itu
Serta riak syukur nenek tua itu
Membuat aku termangu

Tuhan
Sejuta syukurku kerana tarbiyah ini
Yang begitu menyedarkan aku
Betapa wanita serumpun itu
Sememangnya lebih mulia dari aku
Yang konon mengerti setiap firman
Dan faham segala sabda

Dan di waktu subuh ini
Di dalam Raudhah di masjid NabiMu ini
Di dalam sendu mendengar ayat yang dibaca
Yang bagaikan menempelakku
Giliranku pula menjadi bagaikan seorang anak kecil
Yang menagih sedikit maghfirahMu

Tapi adakah air mata yang ditumpahkan
Di pagi mulia di tempat barakah ini
Dapat memadamkan satu kekesalan
Mampu menghapuskan satu kekhilafan
Pada sepasang tangan kecil itu
Dan harapan seorang nenek tua
Yang aku nafikan hak mereka


madinah munawwarah
16 Mac 2007



Saturday, May 23, 2009

Rakyat Hakim Negara

Ungkapan ini begitu masyhur lebih sepuluh tahun lepas semasa isu pemecatan dan penghukuman ke atas DS Anwar Ibrahim. 10 tahun lepas kita telah melihat bagaimana institusi kehakiman begitu dipandang rendah oleh umum dan nampaknya persepsi itu tidak banyak berubah hinggalah sekarang.

Kemandulan institusi kehakiman ini telahpun bermula lebih 20 tahun lepas dengan isu pemecatan Tun Salleh Abas dan beberapa orang hakim Mahkamah Agong. Kita juga telah menyaksikan bagaimana insistusi kehakiman terus menghadapi krisis dengan isu tuduhan rasuah melibatkan hakim-hakim, isu percutian Ketua Hakim Negara dan seorang peguam terkemuka dan isu video VK Lingam yang terus mencacatkan pandangan masyarakat kepada institusi kehakiman.

Suatu masa dulu, institusi kehakiman Malaysia adalah dipandang tinggi dan di antara yang terbaik di kalangan negara Commonwealth. Tetapi imej itu telahpun lama terkubur. Malaysia tidak lagi mempunyai dan mengeluarkan hakim-hakim yang berkaliber dan dihormati seperti Tun Suffian, Tun Salleh Abas dan Eusoffe Abdool Cader. Walaupun saya bukan mempunyai latarbelakang undang-undang, tetapi dulunya saya begitu berminat membaca 'written judgements' hakim-hakim terkemuka seperti Tan Sri Eusoffe Abdool Cader, Datuk George Seah, Tun Suffian dan lain-lain yang begitu menarik, tetapi minat itu telah lama hilang disebabkan kredibiliti hakim-hakim sekarang yang boleh dipersoalkan.

Dalam isu Menteri Besar Perak, keputusan Mahkamah Rayuan adalah sesuatu yang tidak memeranjatkan, dan mungkin juga keputusan Mahkamah Persekutuan nanti juga boleh dijangkakan. Lihatlah kepada senarai hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, dan mengharapkan sesuatu yang memihak kepada rakyat nanti dengan keputusan mahkamah tertinggi nanti mungkin hanya satu mimpi di siang hari.

Bagi saya, ungkapan 'Rakyat Hakim Negara' adalah begitu relevan kepada kemelut politik Perak sekarang. Biarlah rakyat yang menentukan siapa yang mereka inginkan sebagai Menteri Besar mereka dan biarlah mereka yang menjadi hakim yang menentukan pemimpin mereka. Keputusan siapa Menteri Besar kepada rakyat Perak tidak sepatutnya ditentukan oleh Augustine Paul, Zaki Tun Azmi atau Ariffin Zakaria atau lain-lain hakim Mahkamah Persekutuan.

Pada tahun 1995, calon BN, Dato' Lee Chong Meng telah diisytiharkan oleh mahkamah sebagai pemenang kerusi Bukit Bintang, dan seterusnya beliau telah dikenali sebagai 'wakil mahkamah' dan bukannya 'wakil rakyat'. Kita tidak mahu Dato' Zambry juga nanti digelar 'Menteri Besar mahkamah' dan bukannya Menteri Besar rakyat Perak.

Biarkan rakyat menentukan nanti kerana mereka adalah hakim yang akan memberikan keputusan muktamad yang tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapapun.

Sunday, May 10, 2009

Di Masjid

Di suatu tengahari yang panas, aku melangkah ke masjid bagi satu kefardhuan. Tangan dan muka aku basahi dalam wudhu' itu, dan kemudian air wudhu' itu aku basahi belakang leherku. Ah, terasa nikmatnya dalam panas terik ini.

Betapa aku begitu jarang memberikan hak anggota badan ini dalam wudhu'ku seharian. Maafkan aku kerana selalu melupakanmu dalam setiap penyucian sebelum solatku.

Selepas solat, terlihat seorang insan bersolat di atas kerusi. Ruku' hanya membongkok sedikit saja, kemudian sujudnya merunduk sedikit lagi. Dahinya tidak lagi mampu mencecah sejadah.
Ilahi. Syukurku kepadaMu tidak terhitung kerana masih memberiku ni'mat ruku' padaMu. Syukurku kepadaMu tidak terhingga kerana mengizinkan dahi ini masih boleh terus menghinakan diri di depanMu.

Syukur kepadaMu atas segala-galanya, ya Rabbi

Sunday, May 3, 2009

Chinese Food, Anyone?

People used to say that the best food is Chinese food. The unique appeal of Chinese food is its vast menu. Just as the Chinese will eat anything with their backs facing the sun (except for hunchbacked old men), Chinese cooks will cook it in every conceivable way.

In Shah Alam, a new Chinese Muslim restaurant has been newly opened and it offers various types of Chinese cuisine. After few trips to the restaurant, I tend to agree that Chinese cuisine is one of the best. Mention about noodles, and they have Wat Tan Ho, Kung Fu Yee Mee, Jiang Chong Yee Mee and other types of noodles.
Wat Tan Ho and Nasi Ayam Sos Tiram

The restaurant also offers other varieties such as Ayam Kong Pau, Ayam Marmite, Nasi Ayam Jiang Chong, Nasi Ayam Masam Manis, Nasi Ayam Kam Heong and more than 100 other dishes.

The restaurant's opening time is from 9 am to 11 pm and it will be usually full after 8.00pm.
You can also perform your solat at a corner of the restaurant which is dedicated as a surau.
The other specialties that the restaurant offers is home-made soya bean and luo han guo drinks, supplied by a Chinese couple to the restaurant (the lady with niqab in the picture above is the wife of the supplier for the above drinks).

Welcome to Restoran Mukmin at 20, Jalan Nelayan B 19/B, Section 19, Shah Alam (next to Shah Alam Specialist Hospital and De Palma Hotel), and extend your support to the economy of the ummah and this pious brother, who is one the co-owners of the restaurant.


 

blogger widget
Touchsmart PC