Monday, June 20, 2011

Dua Gambar, Seribu Makna


Mungkin kita biasa melihat kedua-dua foto di bawah ini. Foto pertama menunjukkan seorang anak perempuan berumur 4 tahun sedang memegang tangan ayahnya yang akan dihantar ke Iraq. Gambar perbarisan di Fort Dix ini telah diambil oleh Abby Benethum, ibu kepada anak ini, Paige Benethum.

Gambar di bawah pula memaparkan seorang prisoner of war (POW) di pusat tahanan di Najaf yang sedang memujuk anak lelakinya yang juga berumur 4 tahun. Tahanan perang Iraq ini, yang telah ditutup matanya dan hilang harga dirinya, masih mampu untuk memujuk anak ini yang mungkin tinggal sebatang kara dan telah kehilangan ibunya.

Itulah mangsa perang, dan di dalam perang, semua musuh adalah faceless dan hanyalah sekadar statistik. Kita tidak tahu apa yang seterusnya terjadi kepada POW Iraq dan anaknya ini, tetapi askar US dan anaknya ini mendapat liputan meluas di US dan digambarkan dengan penuh emosi.

Betapa kita hanyalah buih-buih di atas air yang nampaknya banyak, tapi tidak mempunyai sebarang nilai. Khalifah alMu'tasim telah menghantar tenteranya ke sebuah negeri hanya semata-mata kerana seorang wanita Islam telah dihina. Abul Hasan Ali anNadwi berkata: 'Inilah bezanya antara pemimpin-pemimpin umat Islam hari ini dengan mereka yang menjadi pimpinan umat Islam yang dahulu. Pemimpin-pemimpin dahulu sentiasa merasakan tanggungjawab membela umat Islam sebagai sebahagian dari tugasnya.'

Selamat Hari Bapa untuk semua bapa, ayah, papa, abi dan apa juga anda dipanggil oleh anak-anak anda. Didiklah mereka untuk menjadi batu yang menentukan aliran arus, dan bukannya hanya menjadi buih yang dibawa arus entah ke mana.


3 comments:

Madiana Mohd said...

keadilan sentiasa ingin dituntut..tpi bagi insan kerdil seperti lelaki yang digelar POW itu adakah keadilan smpi kepada dia... :(

anaktimurlaur said...

Dalam perang, the first casualty is the truth. Salah satu taktik perang ialah musuh anda adalah faceless, dan tanpa identiti. POW Iraq ini hanyalah satu statistik bagi jentera perang USA

Madiana Mohd said...

menakutkan ble trbyg keadaan kebenaran itu....

 

blogger widget
Touchsmart PC