Dalam sebuah keretapi komuter, lenguh aku berdiri sambil melihat gelagat manusia sekeliling. Manusia yang baru kembali selepas satu 'rat race' ataupun anak-anak muda yang baru balik dari berlibur di bandaraya.
Berbagai ragam mereka aku perhatikan. Satu kumpulan sedang bercakap kosong dengan tawa hilainya seperti orang lain tidak punya 'privacy' sendiri dalam komuter yang sedang tersengguk-senguk menuju destinasinya. Bingit telinga dibuatnya.
Berdekatan pintu, ada seorang anak muda dengan 'skateboard'nya duduk di atas lantai dengan melunjurkan kaki ke arah pintu, bagaikan semua kawasan itu miliknya. Peduli apa dengan orang yang ingin naik dan turun di setiap stesen yang dihalanginya.
Di penjuru sana pula, sepasang anak muda sedang duduk berpelukan di kerusi tanpa menghormati manusia sekeliling. Cukup menjengkilkan. Lebih menjengkilkan bila aku lihat yang lelakinya bukannya sebangsa dengan pasangannya itu. Betapa murahnya anak bangsaku. Kalau diikutkan bahimah dalam diri ini, mahu rasanya aku melayangkan satu 'Cantona kick' dengan kasut Red Wing ber'steel toe' aku ini ke arah mereka.
Tiba-tiba seorang anak muda di sebelahku berkata 'Duduk, pak cik?' setelah kerusi berdekatannya kosong, mempelawaku yang tidaklah setua mana ini dahulu untuk duduk. Aku tersenyum dan mengisyaratkannya untuk mengambil tempat duduk tersebut sambil tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Tahniah anak muda, kerana berjaya mengembalikan kehormatan kembali kepada generasimu dalam diri orang tua ini.
Nota kaki: Agak terkejut dengan berita dalam the Star semalam bahawa setiap hari lebihkurang 8 orang anak luar nikah dilahirkan di Johor sahaja. Masalah ini telah menjadi begitu serius dan masyarakat begitu memerlukan satu penyelesaian, dan penyelesaian itu hanyalah penyelesaian yang berbentuk Islam. Saya begitu menghormati usaha gigih kawan satu batch di KIK dahulu dalam menangani masalah ini, yang sekarang mengurus Raudhatus Sakinah. Mabruk, Puan Rosmawati. Lawati beliau di sini.

3 comments:
Ayah La,
tu fenomena di Johor.di negeri kita pun sama juga.ada seorang cikgu pernah bagitau semasa sambutan hari guru diadakan, sepasang pelajar boleh berasmara di tingkat atas bangunan asrama.Masyaallah..sedihkan,di sekolah sudah berani buat perkara macam tu, di luar sekolah taktaula camner.semoga Allah sentiasa melindungi keturunan kita dari terjebak ke kancah sepeti ini.
persekitaran sekarang langsung tidak membantu untuk kepada pertumbuhan generasi yang baik.
ayah la teringat cerita bekas pelakon, azmil mustafa (dr filem Ali Setan) tentang anak gadisnya yang semasa di KL selalu ponteng sekolah dan lepak di KLCC. tapi selepas dia membawa keluarganya ke syria sekarang, anaknya itu menjadi pelajar terbaik sekolahnya di syria.
kita terlalu disogok dengan benda2 lagha, materialistik, hiburan dll. akademi fantasia, mystarz, anak wayang dll menjadi tumpuan.
kak long, didik anak2 dengan sederhana dan tidak materialistik, dan dalam suasana agama.
yerrr.persekitaran bukan setakat tidak membantu,malah tak keterlaluan kalau dikatakan persekitaran yg ada sekarang ni pemusnah generasi.
masalah dadah n zina jadi masalah utama.
jangan terkejut...abah ritu banyak buat program rakan muda dengan budak2 sekolah.dalam satu pengisian dlm program berkenaan,diminta peserta membuat pengakuan ikhlas ttg perkara yg plg teruk yg diorang pernah buat.
suatu kenyataan yg menakutkan, 70% drpd peserta pernah berzina dan terlibat dengan dadah.
Post a Comment