Thursday, February 19, 2009

Eli Yang Lalai

Maka kita dikejutkan sekali lagi dengan drama politik Malaysia yang nampaknya semakin hari semakin hangat. Terbaru ialah isu penyebaran gambar YB Elizabeth Wong sehingga menyebabkan beliau menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN dan exco kerajaan negeri Selangor. Kita simpati dengan beliau sebagai seorang mangsa, dan pihak berkuasa perlulah memastikan yang 'culprit' dikenakan tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang.

Lalai, teramat lalai. Dengan mengambil pendekatan sama seperti TG MB Kelantan bahawa Elizabeth Wong adalah mangsa sipenceroboh yang memasukki rumahnya, insiden Eli ini masih dianggap satu kelalaian yang sepatutnya boleh dielakkan oleh seorang 'public figure' yang semasa gambar beliau diambil telahpun aktif dengan SUARAM. Dengan bergiat aktif dalam SUARAM, beliau sepatutnya faham bahawa beliau sentiasa 'under surveillance' dan sedang berhadapan dengan keseluruhan sistem yang akan sentiasa cuba mencari silapnya. Bila beliau menjadi exco, usaha ini mungkin terus dipertingkatkan. Dan nampaknya beliau tidak sempat untuk memadamkan beberapa 'titik hitam' dari kehidupan dulunya menyebabkan ada orang yang berjaya mengambil kesempatan untuk menjatuhkannya.

Lalai mungkin adalah satu 'understatement' untuk Eli jika kita juga mengambil kira bahawa 'culprit' itu khabarnya adalah bekas teman lelakinya. Jelas di situ terdapat unsur 'lai lai' oleh seorang wanita 'single' terhadap seorang lelaki. Nampaknya terdapat ramai ahli PKR ini yang ada masalah dan ini mungkin akan menimbulkan masalah besar kepada kerajaan Pakatan Rakyat nanti. Agak banyak 'skeleton in the closet' bagi wakil-wakil rakyat PKR ini, bermula dari kes tuduhan rasuah melibatkan ADUN mereka di Perak dan seterusnya 'defection' kedua-duanya kepada BN dan juga kes ADUN Bukit Selambau. Itu belum lagi dikira wakil-wakil mereka yang 'non-performing' yang tidak pernah bangun untuk bercakap di dalam Parlimen (atau mungkin masih sibuk 'fiddling' dengan kameranya kot). Musuh politik mereka akan melakukan segala-galanya bagi mencapai matlamat mereka-dari tawaran wang hinggalah kepada ugutan, seperti yang khabarnya berlaku kepada ADUN Bukit Selambau. Tambahan pula dalam musim 'skim cepat kaya' yang wujud dalam iklim politik sekarang, di mana seseorang ahli politik itu mungkin akan menjadi jutawan selepas melakukan lompatan 'strategik', maka mungkin seorang manusia yang telah biasa melakukan salah satu dosa besar tidak akan berfikir dua kali untuk juga menjadi jutawan dengan sekadar menjual beberapa keping gambar.

Jika perkara-perkara ini berterusan, Pakatan Rakyat nanti akan lebih sibuk melakukan 'fire fighting' lebih dari menjalankan urus tadbir yang boleh dibanggakan. Sepatutnya mereka perlulah lebih berhati-hati, sentiasa 'vigilant' dan mempunyai tahap moral yang tinggi untuk mereka dihormati oleh masyarakat pelbagai bangsa ini. Musuh politik akan sentiasa cuba membuka pekong lawan mereka, dan yang pasti mereka yang tidak mempunyai 'moral high ground' akan tumbang satu persatu. Jika ini berlaku, kita akan menghadapi beberapa siri pilihanraya kecil yang entah bila akan tamat. Penumpuan semua pihak nanti hanya akan tertumpu kepada mainan politik sedangkan dalam masa yang sama kita berhadapan dengan krisis ekonomi yang begitu meruncing. Berapa banyak wang akan ditaburkan, sedangkan dalam masa yang sama juga seramai 15,000 pekerja kilang telah hilang pekerjaan dan 45,000 lagi menghadapi nasib yang tidak menentu. Berita malam ini menyiarkan bahawa sekarang ini seramai 80,000 orang telahpun dibuang kerja.

Kita berharap semua ini tidak akan berlaku kerana 'politicking' di Malaysia ini telah sampai ke satu tahap yang membimbangkan. Dalam keadaan di mana dunia sedang menghadapi ekonomi yang getir, kita masih sibuk menghabiskan wang bagi menjamin survival politik masing-masing. Angka rasmi untuk kos PR kecil Kuala Terengganu adalah RM15 juta, dan angka tidak rasmi adalah mungkin berganda-ganda lagi. Berapa banyak lagi yang akan ditabur di Bukit Selambau dan Bukit Gantang (atau mungkin Bukit Lanjan?) oleh mereka yang begitu kemarok dengan kemenangan selepas kalah berturut-turut dalam beberapa PR kecil lepas?

Kita berharap semoga akan wujud 'cooling off period' untuk suasana politik Malaysia. Dan harap-harapnya semua wakil rakyat Pakatan Rakyat akan sentiasa berhati-hati, tidak cuai dan lalai walaupun dalam kehidupan personal mereka. Cukuplah dengan Eli seorang sahaja yang lalai. Harapnya Theresa Kok adalah juga sebaik Mother Theresa, juga Fong Po Kuan mempunyai nilai Dewi Kuan Yin, dan Chua Tian Chang tidak 'adventurous' seperti Chua Soi Lek, dan semuanya tidaklah 'lai-lai' tak tentu hala.


1 comment:

Khairulkalu @ Mr. K said...

sangat menarik artikel ni. sebenarnya 'team yg itu' byk membawa masalah kepada 'kita'. TGNA perlu pikirkan sesuatu tentang perangai 'lalai' team yg itu. kita takkan susah dlm perjuangan walaupun tanpa 'team yg itu'. selama ni pun 'kita' berseorangan je..

 

blogger widget
Touchsmart PC