Tuesday, December 2, 2008

Somchai Wongsawat - Sochai Terakhir Thaksin?


Akhirnya kerajaan Thai di bawah pimpinan Somchai Wongsawat, adik ipar Thaksin Shinawatra tumbang selepas Constitutional Court negara itu memutuskan bahawa parti yang memerintah telah terlibat dalam penipuan dalam pilihanraya 2007.

Dengan tumbangnya PM ini, kita berharap agar tiada lagi 'sochai' yang akan menjadi PM Thailand yang bagi golongan menengah Thai hanyalah 'puppet' kepada Thaksin Shinawatra. 'Sochai' pertama bagi Thaksin ialah Samak Sundaravej, seorang PM yang lebih cenderung menjadi chef dan menjadi host rancangan memasak.

Such are the qualities of the last two Thai PMs, and it was clear who actually ruled Thailand. As Kelantanese, we are very concerned about these developments since the Malays there are considered part of our people-Kelantanese speaking Malays. I myself have relatives there and my father opened a 'sekolah pondok' in Tak Bai during the 1950s. As long as Thaksin and his 'sochais' (puppets) are ruling Thailand, I do not think the fate of our people in the Southern Thailand would change much. His hands are still wet with the bloods of our youngsters that he spilled during the Tak Bai Massacre of October 25, 2004, and the massacre was nothing short of a humiliation on a race and an ummah (especially his comment that the detained Muslims died because 'they are fasting'). Hopefully the 'misgoverned' Southern Thailand will have a better future after the fall of Thaksin and his proxies and all the suffering of the Muslims there (5 million people) and the unnecessary killings would stop.

InsyaAllah.


Satu Hari Di Sempadan Ini

Melihat bumi Tak Bai dari sebelah sini
Tempat seorang ayahanda pernah menabur bakti
Mengingatkan aku kepada satu perjuangan berterusan
Kepada satu penghinaan ummah yang berpanjangan
Kepada satu jihad melawan satu kemulhidan

Thaksin
Ingin ku khabarkan kepadamu
Tentang satu bangsa ini
Bumi itu adalah milik kami
Tanahnya dibajai peluh dan darah leluhur kami
Dan roh iman telah menyuburi wilayah itu
Sejak berdekad lamanya

Thaksin
Ingin juga ku katakan padamu
Anak-anak muda yang darahnya kau tumpahkan di atas bumi Takbai

Tanggal 25 Oktober penuh noda itu
Adalah saudara-saudara kami
Anak-anak yang kehilangan bapa di hari itu
Adalah juga anak-anak kami
Ibu yang kehilangan anak-anak itu
Adalah juga ibu-ibu kami
Kerana mereka adalah benteng satu ummah di bumi ini

Perjuangan panjang di hujung Semenanjung ini
Adalah tantangan satu bangsa berdekad lamanya
Ke atas segala makar dari Menam Chao Phraya
Bagi meracun akar aqidah bangsa ini
Oleh Chulalongkorn dengan dasar Thesaphibannya
Dan Pibul Songram dengan Rathaniyomnya
Dan sekarang kau dengan bahasa apimu
Menumpahkan darah anak muda kami di masjid Grisek
Menyembelih anak bangsa kami di Che He
Membunuh para ulama tanpa henti di bumi Pattani itu

Thaksin
Perlu juga kau tahu
Jasad anak-anak muda yang dipijak ditendang
Pada pagi berdarah itu
Dan darah mereka yang kau limpahkan
Di bulan mulia di tepi sungai itu
Juga anak-anak muda yang dicampakkan dalam trak soldadumu
Adalah lambang kehormatan satu ummah
Adalah lambang maruah satu bangsa merdeka
Adalah lambang warisan satu perjuangan
Sultan Abdul Kadir Kamaruddin yang tewas dalam satu tipudaya hina
Tengku Mahmud Mahyiddin yang gigih menyambung perjuangan
Tuan Guru Haji Sulong yang mayatnya dibuang entah di mana
Adalah tanda kesinambungan satu perjuangan
Adalah bukti akar tunjang aqidah yang tak mungkin padam
Adalah perjuangan menentang kemulhidan yang tetap berterusan

3 comments:

Anonymous said...

Sedih baca sajak ni, very touching dan terasa pilu mengenangkan peristiwa hitam dibulan Ramadan itu...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan orang-orang yang berjihad menegakkan syiar Islam..amiin

Abdul Azim said...

Smoga Allah sabitkan hati kita dijalan-Nya.
Kita semua akan pasti diuji..

dariana said...

darahku kelahiranku tumpah di daerah itu.sajak tu cukup syahdu.

 

blogger widget
Touchsmart PC