Tuesday, January 1, 2013

Anekdot Haji 2001

Saya telah mengerjakan kefardhuan haji pada tahun 2001, pada usia belum mencapai 40an. Terlalu banyak pengajaran yang saya perolehi sepanjang melakukan ibadah ini dan amat perlu rasanya saya perturunkan beberapa cerita di sini untuk dikongsi bersama.

(i)    Semasa sedang menunggu waktu solat Isyak di Masjidil Haram, saya sempat berbual dengan seorang pemuda Turki yang merupakan seorang jurutera aeronautik di German. Satu soalan beliau yang telah membuka mata saya ialah pertanyaan beliau 'Brother, just imagine during this moment here, Hajar was left alone with Ismail with darkness enveloping them and cold rocks at their foot'. Satu soalan yang telah berjaya membuka mata saya yang selalu komplen keletihan bila melakukan sai'e walaupun dilindungi bumbung di atas kepala dan beralaskan jubin sepanjang Safa dan Marwah.

(ii)     Di hotel tempat kami menginap, terdapat dua pasang suami isteri yang selalu bersendirian sesama mereka, terutamanya semasa makan. Kadang-kadang terdetik di hati saya yang memandang negatif kepada mereka ini yang seperti tidak begitu bergaul dengan orang lain. Setelah beberapa lama, saya sempat mengenali mereka dan sedikit sebanyak mengetahui latar belakang mereka. Rupa-rupanya salah seorang daripada mereka baru sahaja keluar daripada CCU kerana masalah jantung, sementara isteri kepada yang seorang lagi sedang mengidap kanser payudara. Sudah semestinyalah siisteri kepada yang menghadapi masalah jantung itu perlu memastikan suaminya makan makanan yang seimbang dan berkhasiat bagi menjamin kesihatan jantung suaminya, sementara yang seorang lagi akan mengambil semua masa yang terluang dengan isterinya bagi memberikan support kepada isterinya yang sedang sakit itu. 

(iii)    Pada satu hari Jumaat, saya agak terlewat ke masjid dan terpaksa menunggu waktu solat di luar masjid dan di atas jubin di bawah panahan terus cahaya matahari. Di sebelah saya duduk seorang lelaki yang mungkin berasal daripada benua India ataupun daripada Myanmar, yang berpakaian agak kotor dan tidak begitu terurus. Panas matahari begitu menikam diri, dan saya terpaksa menundukkan kepala dan menutup mata sambil menahan bahang matahari tengahari itu. Tiba-tiba saya terasa seperti badan saya mendapat teduhan matahari, dan bahang yang saya rasa tadi tiba-tiba hilang. Bila saya membuka mata, saya dapati yang lelaki 'kotor' ini sedang melebarkan kain serbannya dan memayungi saya dengan kain itu.

..............................................................................................

Hidup adalah satu tarbiyah berpanjangan untuk semua Muslim, dan semua aktiviti dalam ibadat haji juga adalah merupakan tarbiyah bagi sesiapa yang ingin mencari pengajaran daripadanya. Pemuda Turki itu telah membuka mata saya tentang pengorbanan satu keluarga para anbiya' di wadi yang tidak berpenghuni (Mekah) dan membandingkan dengan keadaan kita sekarang yang hanya melaksanakan syiar tanpa menghayati sejarah di sebaliknya. Dua pasang suami isteri itu juga telah memberi satu tarbiyah kepada saya untuk tidak membuat sebarang penilaian awal ke atas apa saja yang orang lain lakukan. Setiap orang mempunyai 1001 sebab dalam melakukan apa saja, dan siapa kita untuk memberikan hukuman? Seorang lelaki yang saya pandang rendah pada awalnya rupanya mempunyai akhlak yang jauh lebih terpuji daripada saya dan menggunakan serbannya bagi meringankan sedikit penderitaan seorang manusia yang duduk di sebelahnya setakat mana yang ia mampu.

Memang, hidup ini adalah satu tarbiyah berpanjangan.

15 comments:

Al-Manar said...

Mengapa begitu lama menghilangkan diri selain dari menunaikan fardhu haji? Hendak bertanya melalui email tidak ada. Kalau boleh sila beri email kepada saya melalui: almanar@pd.jaring.my.

Cerita sewaktu dimekah bukanlah satu yang aneh. Saya percaya tiap tiap seorang yang 'dijemput' kesana diberi satu hadiah untuk kenangan. Cuma kita tidak dapat menyedari apa itu yang diberi melainkan dengan ikhlas meneliti apa yang aneh berlaku semasa disana. Ini kepercayaan saya bukan bersandar mana mana nas. Saya berppegang dengan kepercayaan seperti kita diundang hadir kemajlis perkahwinan selalunya tiap seorang diberi buah tangan. Cuma apa yang DIA hadiah tidak mudah kita mengetahui tanpa renungan dan kepercayaan dan ilham dari NYA pula.

Salaam dari Pakcik

kailanimohd@gmail.com said...

Salaam Pak Cik. Maaf agak lama menyepi. Sekarang amat sibuk dgn kerja, dan saya skrg involve dgn projek MRT tunnelling, my specialty. This technical things is inversely proportional to dunia penulisan, and deep involvement dgn technical works would affect the ideas to write.

Akan cuba menulis dgn kerap. Menjenguk almanar, dan ada series on 'end of the tunnel'. Enjoyed it very much (in my case, 'enjoy' means my eyes becomes watery after reading it).

Unknown said...

sukses terus yah bro atas kerjaannya

semoga Allah banyak memberi rejeki kepada anda.

amin...





judi bola online | agen sbobet indonesia | bandar bola terpercaya

Unknown said...

Syukor dapat menatap blog puan serta membaca post berkait mengerjakan ibadah haji.Puan dah pun mengerjakan ibadah haji bersama suami. terima kasih dengan perkongsian tulin pengalaman di tanah suci melalui blog.semoga blog ini menjadi sebahagian bahan untuk saya ke sana.Wassalam.

Spartacus said...

Very interesting insights.

http://democraticprogress.net/

ayu yahya said...

Assalammualaikum....sy suke dengan cerita tuan yang membawa pengajaran kpd kite manusia yang sering alpha...terima kasih...
jemput singgah keteratak alam maya sy qaysaasupplement.blogspot.com

vuhelp.net said...

so nice blogger

Narcicus said...

You have a nice blog. Do you want to follow each other in Google friend connect? Just follow me and leave a comment and I will follow you back :) We could follow each other on Google+ as well if you want. :) Cheers

MyCherita said...

blog yg sgt menyentuh perasaan apabila dibaca.. keep it up tuan haji..

Anonymous said...

http://goo.gl/hvbj5e

Unknown said...

Assalamualaikum,

Jika saudara/saudari/tuan/puan berminat untuk memperbaiki masalah kesihatan, turun berat badan, naik berat badan ataupun mengekalkan berat badan, InsyaAllah saya boleh membantu.

Jika berminat boleh email saya.InsyaAllah saya berusaha sedaya mungkin untuk coach dan bantu saudara/saudari/tuan/puan.

Wassalam

adie said...

teringin menunaikan haji ketika umur masih muda dan kudrat masih kuat
dmimaf.blogspot.com

YUSRI said...

TAHNIAH TUAN HAJI

rental mobil bandung said...

Banyak cerita dan kejadian menarik ketika menjalankan ibadah di Mekkah semua itu atas kehendak alloh swt.Terimakasih

Admin said...

salam kenal.. jemput singgah blog hamba Cari Duit Lewat Internet

 

blogger widget
Touchsmart PC