Friday, November 20, 2009

Pejuang Fesyen Islam

Fashion icon: Rosmah sharing a light moment with singer Nurul who was the model for designer Melinda Looi, at the event in Kuala Lumpur Tuesday.

Tersenyum sendiri bila membaca the Star Rabu lepas mengenai Datuk Seri Panglima Rosmah yang akan cuba memperkenalkan fesyen Islam ke US. Beliau adalah merupakan patron kepada Islamic Fashion Festival ke 8 di Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 23 November depan.

Berpakaian menutup aurat adalah satu syiar Islam, dan nampaknya syiar ini telah mula di'commercialise'kan dan diuruskan oleh mereka yang mempunyai pengetahuan yang terlalu dangkal tentang konsep tabarruj dalam Islam.

وَلَا تَبَرَّجۡنَ تَبَرُّجَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ ٱلۡأُولَىٰۖ
(Dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah dahulu) - alAhzab 33.

Wanita di zaman jahiliyyah juga memakai tutup kepala, tetapi mendedahkan bahagian leher mereka, dan ini tidak jauh bezanya dengan apa yang dipamerkan di IFF ini. Tambahan pula pereka-pereka fesyen ini majoritinya adalah bukan Islam, seperti dalam gambar di atas. Yang pastinya masyarakat bukan Islam akan mendapat persepsi yang salah tentang konsep menutup aurat yang merupakan satu syiar Islam ini.

Satu masa dahulu kita telah mendengar rungutan daripada pengusaha makanan Islam (yang 80% adalah bukan Muslim) yang berpendapat bahawa prosedur halal yang ditetapkan oleh Halal Development Corporation (HDC) dan JAKIM adalah terlalu 'stringent'. Mungkin kita nanti akan mendengar perkara yang sama daripada pereka fesyen 'Islam' ini yang mengadu tentang konsep fesyen Islam yang terlalu 'strict' dan menghadkan kreativiti mereka.

Rasa macam nak maki macam yang diucapkan Pendekar Mustar dalam Pendekar Bujang Lapok 'mambang kepala otak kau berjambul!!!'.


1 comment:

Abdul Azim said...

mereka kurang faham Islam tapi ingin membawa imej dan identiti Islam. Memalukan.

 

blogger widget
Touchsmart PC