Sunday, November 15, 2009

Jangan Bagi Bola Tanggung........

Entry kali ini tidak berniat untuk memperlekehkan sesiapa, apa lagi menghina mana-mana tokoh yang dihormati ramai dan yang juga merupakan idola saya. Tulisan ini hanyalah pandangan bebas seorang professional yang telah agak lama berada dalam dunia korporat.

Akhir-akhir ini kerajaan negeri Kelantan nampaknya dalam keadaan defensif dan terpaksa melakukan banyak 'fire-fighting'. Bermula dengan isu menantu Tuan Guru MB yang tidak henti-henti cuba dimanipulasi oleh musuh-musuh politik kerajaan negeri, timbul pula isu tajaan haji untuk TGNA ke Makkah.

Menilai kembali isu-isu ini, saya merasakan ianya boleh dielakkan jika mereka yang terlibat dapat menilai implikasi terhadap keputusan yang diambil. Contohnya, tepatkah pemilihan seorang jurutera muda untuk menerajui satu perbadanan di bawah Menteri Besar Kelantan, satu perbadanan yang begitu 'well-diversified' yang merangkumi aktiviti-aktiviti IT, perladangan, utilities, hartanah, bioteknologi dan lain-lain. Mampukah seorang jurutera muda untuk mengemudi perbadanan sebegini yang bertanggungjawab memastikan pelaburan kerajaan negeri memberikan pulangan yang sewajarnya? PMBK memerlukan seorang 'well-seasoned corporate figure' untuk menjadi CEO PMBK, dan saya rasa anak Kelantan tidak ketandusan tokoh sebegini, yang sama ada berada di Kelantan ataupun di luar Kelantan. Adalah sesuatu yang menjadi tanggapan biasa golongan korporat bahawa jurutera tidak mempunyai 'business acumen' yang baik (ini selalu disebut oleh CEO saya, dan kami mendengarnya dengan rasa geram, tapi terpaksa 'menelan'nya). Adakah CEO ini mempunyai 'academic & business credentials' untuk melayakkannya mengepalai PMBK? Jika di'google', tiada rekod pencapaiannya yang boleh dibanggakan, dan dalam dunia korporat, bila nama CEO disebut, mungkin mereka akan bertanya 'Ariffahmi who?'. Tambahan pula sebagai menantu MB, isu ini akan menjadi modal kepada orang lain untuk menghentam kerajaan negeri Kelantan. Sekurang-kurangnya 'the famous SIL', Khairy Jamaluddin mempunyai 'academic credential' yang tidak boleh dipertikaikan.

Tentang isu tajaan haji, saya merasakan TGNA telah tidak diberikan 'advice' yang sewajarnya. Memang menjadi budaya orang Kelantan untuk 'menghantar' (atau dalam terminologi baku sekarang 'menaja', satu term yang saya tidak begitu setuju) para ilmuan dan ulamak yang dihormati untuk ke Makkah, dan orang yang 'menghantar' itu akan merasa begitu berbesar hati. Perkara ini mungkin tidak begitu difahami oleh golongan sufaha' yang tidak dapat memahami tradisi ini, yang sentiasa mentafsirkan sesuatu berdasarkan 'give something, gain something back'. Masalahnya ialah dalam masyarakat sekarang, golongan sufaha' ini melebihi golongan yang waras akal budinya. 'Menghantar' Tuan Guru ke Makkah mungkin tidak menjadi isu jika beliau hanyalah 'Tok Guru Pulau Melaka'. Tetapi Tuan Guru adalah juga seorang penjawat awam, dan sensitiviti begini perlu diambil kira bagi memastikan ianya tidak dimanipulasi dan di'smash' oleh musuh-musuh politik.

Nampaknya telah terlalu banyak 'bola tanggung' yang kita berikan kepada pihak lawan, dan kita marah bila lawan melakukan 'smash' hasil dari bola tanggung ini. Harapnya janganlah dalam masa kita memberikan bola tanggung itu, racket kita 'terpukul' kawan kita sendiri, yang pastinya akan menjadikan 'smash' yang datang itu sebagai smash maut.


4 comments:

Khairulkalu @ Mr. K said...

sangat bersetuju dengan pandangan ayah la ni. tambah plak lama x nmpak ayah la menulis.
mmg btol sepatutnya yg menjawat jawatan tu bukannya menantu TGNA, walaupun dia adalah layak pada dasarnya. cuma nak kupas skit isu bai'ah pas yg sedang hangat di perkatakan skrg ni. kalaupun wujud bai'ah sedemikian, kenapa perlu YB tersebut gembar gemburkan. mungkin ayah la boleh berkongsi pndangan dlm hal tersebut..tq

Anonymous said...

Memang amat tidak patut Hasan Ali dan Nasha mula mendedahakn perkara baiah dalam pertemuan dengan bloggers UMNO dan Pas seperti yang diceritakan oleh Mahaguru58 di blog beliau.

Anak Timur Laut said...

tapi memang AF tak layak pun utk menerajui PMBK. dari AKSB sbg engineer, tiba2 terus jadi CEO PMBK. tak masak langsung dalam urusan korporat.

ttg bai'ah, ayah la tak tau sangat. tapi mmg perkara ni dah lama dengar, dan merupakan open secret dlm pas. bila ayah la dengar perkara ni, ayah la anggap itu internal matters dlm sesuatu organisasi bagi mendisiplinkan ahli2nya. itu adalah biasa dlm organisasi mana2 pun.

tapi bila ada ahli mendedahkan perkara ini, disiplin ahli itu perlu di check. itu tugas kepimpinan lah.

Anonymous said...

Sedikit Pembetulan: Arifahmi bertugas sebagai jurutera di AKSB, kemudian sebagai Ketua Sektor Hartanah di PMBK, kemudian dilantik sebagai COO di PMBK selama dua tahun, sebelum dilantik sebagai CEO. Tidak ada lompatan seperti tuan sebutkan itu. Ini bukan bererti saya setuju dgn perlantikan beliau, sebab pada usia 36 tahun, saya rasa beliau masih terlalu mentah untuk menerajui sebuah organisasi yang skopnya besar dan penting seperti PMBK sekarang. Kalau PMBK di zaman UMNO dulu mungkin bersesuaian juga sebab di waktu itu PMBK hanyalah sebuah organisasi 'shell' sahaja.

 

blogger widget
Touchsmart PC