Friday, September 18, 2009

Menunggu Oktober

Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang akan diadakan pada 11 Oktober depan. Pada masa yang sama, 'run-up' kepada pilihanraya kecil ini begitu menarik perhatian.

UMNO Teluk Kemang masih inginkan Tan Sri Isa Samad, seorang pemimpin yang mempunyai imej yang telah tercalar sebagai calon di DUN ini. Selepas meletakkan seorang kaki kelentong di Permatang Pasir, UMNO ingin meletakkan kaki rasuah pula di sini. Tidak adakah dalam UMNO selain dari kaki rasuah, kaki pukul, kaki kelentong, kaki putar alam, kaki botol, kaki perempuan dan berbagai-bagai kaki lagi?

MCA pula akan mengadakan EGMnya pada 10 Oktober depan bagi membincangkan isu pemecatan Chua Soi Lek. 'Mood' dalam MCA mungkin lebih ke arah 'perang saudara' Ong-Chua ini dan tumpuan kepada pilihanraya kecil ini mungkin terlalu minima. Untuk rekod, pengundi Cina mewakili 10% dari jumlah pengundi Bagan Pinang.

MIC masih belum kebah dengan 'post-election' parti mereka, dan dalam masa yang sama presiden mereka masih menghadapi 'tirades' dari bekas PM, Tun Dr Mahathir. Tun nampaknya masih tidak mahu menghentikan serangannya ke atas bekas teman sebantalnya ini. Untuk rekod, pengundi India adalah 20% dari jumlah pengundi di Bagan Pinang.

Nampaknya gayanya, bulan purnama berkemungkinan besar akan mengambang di Bagan Pinang walaupun 11 Oktober sudahpun hampir hari ke 22 bulan Syawal.

Sama-sama kita tunggu.


Friday, September 4, 2009

Bulan Purnama Di Teluk Kemang?

Terlebih dahulu, alFatihah untuk ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd Noor yang telah meninggal dunia hari ini akibat sakit jantung. Semoga beliau dimasukkan dalam golongan yang mendapat lindungan rahmat Allah sempena bulan dan hari yang penuh barakah ini.

Dengan kematian beliau, bermakna satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan dan merupakan yang ke 9 selepas PRU 2008. Berbeza dengan PRK yang lepas yang lebih kepada 'maintaining status quo', PRK di Bagan Pinang (yang berada dalam Parlimen Teluk Kemang) bakal menjanjikan satu pertembungan yang sengit dan akan menggambarkan 'kekuatan' sebenar kedua-dua belah pihak.

Melihatkan kepada fakta di atas, peluang untuk PAS untuk merampas kerusi Bagan Pinang adalah tidak terlalu 'remote' dan dalam jangkauan. Apa yang perlu ialah memperolehi sekurang-kurangnya 35% undi dari 'waghih-waghih' ini dan memastikan sekurang-kurangnya 80% bukan Melayu mengundi PAS. Berdasarkan imej PAS di kalangan bukan Islam yang agak baik sekarang, angka 80% dari undi bukan Islam rasanya adalah tidak mustahil. Tetapi PAS perlu bekerja lebih keras bagi mendapatkan undi 35% hingga 40% dari undi Melayu. Orang Negeri Sembilan terkenal dengan sistem 'suku'nya, dan biasanya mereka agak 'reluctant' untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan majoriti masyarakat mereka (ini berdasarkan pemerhatian saya kepada trend mengundi keluarga mertua saya yang juga mengamalkan sistem ini).

Walau bagaimanapun, rasanya tidak mustahil untuk PAS memperolehi peratusan ini jika jentera PAS mula digerakkan dari sekarang, termasuk kelab penyokong PAS dari kalangan bukan Islam. Berbanding dengan Melaka, masa depan PAS agak lebih cerah di Negeri Sembilan jika melihatkan kepada peratusan undi yang diperolehi dalam PRU lepas.

BN pastinya akan cuba mempertahankan 'status quo' di Bagan Pinang dengan apa cara sekalipun. Kepala babi atau kepala lembu mungkin tidak akan muncul di sini, tapi kemungkinan besar 'kepala rimau' akan ditaburkan di Bagan Pinang bagi mempertahankan kerusi ini dan memastikan PR akan gagal merebut DUN ini.

Teluk Kemang amat sinonim dengan anak bulan, dan di antara 3 atau 4 tempat di Malaysia untuk melihat anak bulan semasa tahun 70an dulu. Dari dulu lagi, anak bulan tak pernah muncul-muncul di Teluk Kemang. Tapi nampak gayanya ada harapan untuk bulan purnama muncul di Bagan Pinang, Teluk Kemang tidak lama lagi.

Dah lama tak involve dengan sebarang jentera pilihanraya selepas PRU Mac 2008 lepas, dan nampaknya saya akan turut serta untuk melihat-lihat terbitnya bulan purnama di Bagan Pinang, Teluk Kemang nanti.


 

blogger widget
Touchsmart PC