Tuesday, January 13, 2009

Gaza - Pembunuhan Berterusan, Kemandoman Ummah Berpanjangan




Telah dua minggu pembunuhan beramai-ramai dilakukan oleh Zionis ke atas saudara-saudara kita di Gaza. Telah masuk dua minggu masyarakat antarabangsa hanya mampu mengecam tindakan ganas ini. Telah masuk dua minggu juga kita sebagai umat Islam hanya mampu berdemonstrasi di jalanan, dan pemimpin Islam terus bersidang di atas kerusi empuk di dalam bilik berhawa dingin bagi mencapai resolusi mengutuk keganasan berterusan ke atas saudara seagama kita ini. Telah masuk dua minggu kita membiarkan saudara-saudara kita di Gaza dibunuh secara massa tanpa sebarang pembelaan dari kita yang mengaku seagama dengan mereka.



Sejarah telah menunjukkan yang bangsa Yahudi adalah satu bangsa hina yang tidak pernah menghormati sebarang perjanjian dengan umat Islam. Semasa fasa awal Daulah Islamiyyah di Madinah, mereka sejak mula telah melakukan pemboikotan ekonomi ke atas orang Islam yang masih lemah semasa itu, dengan kaum Muhajirin yang baru tiba dari Mekah dan kaum Ansar yang masih belum begitu bersatu. Peperangan ke atas suku-suku Yahudi Bani Nadhir, Bani Qainuqa’ dan Bani Quraizah adalah akibat dari sikap mereka yang tidak pernah menghormati perjanjian damai.


Dalam menghadapi Yahudi di tanah Palestin sekarang, umat Islam perlu menggunakan method yang dilaksanakan oleh Rasulullah (saw), iaitu tiada kompromi dengan bangsa ini. Tambahan pula jika kita lihat bahawa menteri-menteri kanan mereka, termasuk Perdana Menteri mereka adalah merupakan ‘hardliners’, kebanyakannya pernah menjadi pegawai kanan dalam Israeli Defence Force (seperti Ehud Barak, Ehud Olmert, Shaul Mofaz dan Tzipi Livni) ataupun berkhidmat dalam Mossad. Bapa-bapa mereka pula kebanyakannya adalah bekas anggota Irgun, kumpulan pengganas Yahudi yang bertanggungjawab menyembelih bangsa Palestin yang pada tahun-tahun awal penjajahan Palestin. Satu lagi perkara yang perlu diperhatikan di sini adalah kebanyakan menteri-menteri kanan ini berasal dari Eropah (Ashkenazic Jews), terutamanya Eropah Timur, di mana bangsa Yahudi teruk ditindas oleh orang-orang Kristian; ibubapa kepada Tzipi Livni adalah dari Poland dan bekas ahli Irgun, sementara bapa Ehud Olmert berasal dari Rusia, juga ahli Irgun. Di Eropahlah mereka selalu di bunuh beramai-ramai ataupun dipencilkan dalam satu kawasan tertentu, dan kita tentu pernah dengar perkataan pogrom ataupun ghetto, yang berkaitan dengan tindakan bangsa Eropah ke atas Yahudi. Ironisnya, pada zaman pertengahan, bangsa Yahudi hidup aman di bawah pemerintahan Islam. Contohnya mereka juga terlibat dalam memakmurkan Andalus, dan ramai pakar-pakar semasa Daulah Islamiyyah adalah juga berketurunan Yahudi. Semasa Spanish Inquisition, ramai dari mereka lari ke Morocco, dan terdapat sekurang-kurangnya 4 orang menteri kabinet Israel yang dilahirkan di Morocco, dan dalam vocabulary bahasa Arab, tidak terdapat satu perkataan pun yang merujuk kepada pembunuhan Yahudi sepertimana wujudnya perkataan pogrom atau ghetto dalam vocabulary Eropah.


Castle Tower di York di mana berlakunya 'pogrom' ke atas orang-orang Yahudi semasa pemerintahan King Richard the Lion Heart

Tiada kompromi. Itulah pendirian Hamas dalam berhadapan dengan bangsa hina daki-daki Khaibar ini, dan itu adalah pendirian yang disandarkan kepada sirah nabawiyyah dan hadith Rasulullah. Kita mungkin pernah mendengar hadith Rasulullah (saw) berikut:


'Akan sentiasa ada di kalangan umatku satu toifah yang berterusan memperjuangkan kebenaran, mereka bersikap keras pada musuh dan tidak dikalahkan oleh sesiapa yang menentang mereka'. Lantas para sahabat bertanya 'Di manakah mereka, wahai Rasulullah?' Baginda menjawab 'Di Baitul Maqdis dan di sekitar Baitul Maqdis'. (hadith sahih Riwayat Ahmad).


Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya adalah merupakan tempat yang paling diberkati di dunia ini. Di dalam alQuran, bila disebut sahaja kawasan ini, akan disebut juga ayat yang menggambarkan tempat ini adalah diberkati.

سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلاً۬ مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُ ۥ لِنُرِيَهُ ۥ مِنۡ ءَايَـٰتِنَآ‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ

(Al-Isra' 1)


Terdapat 3 ayat lagi yang menyebut tentang masjid alAqsa dan sekitarnya yang sentiasa diberkati Allah. Jelaslah bahawa golongan yang berjuang di sini adalah golongan yang terpilih, dan di tempat yang paling diberkati Allah di dunia ini.


Malangnya, umat Islam sekarang begitu leka dengan kemewahan duniawi. Kita melihat di negara-negara Teluk, mereka berlumba-lumba mendirikan bangunan-bangunan tinggi dan rumah-rumah yang begitu mewah., dan ada dari mereka yang memiliki kereta dari perak.


Mereka lebih suka menghabiskan wang bagi membina stadium di London, memiliki kuda-kuda lumba di Eropah, membeli kelab bolasepak (dan menjadikan Thaksin lebih kaya) dan membiarkan Palestin berterusan merempat. Yang amat menyedihkan lagi, pemimpin Arab sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa Hamas tidak boleh dibiarkan menang dalam konflik sekarang, satu kenyataan yang amat menyedihkan dari seorang pemimpin Islam. Kenyataan ini lebih negatif dari kenyataan bekas presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter (yang menjadi persona non grata di Israel sekarang) yang jelas menyalahkan Israel kerana mencabuli gencatan senjata.



Apakah yang kita boleh lakukan sekarang? Umat Islam adalah bagaikan satu badan, yang seluruhnya akan merasa sakit jika satu bahagian badan ditimpa musibah. Seorang Muslim tidak akan merasa senang jika ikhwannya sedang ditimpa bencana, apatah lagi sekarang ini ikhwannya itu sedang berhadapan dengan bangsa pengkhianat yang sentiasa menyusun makarnya untuk menghapuskan Islam. Apa yang termampu untuk kita ialah membelanjakan semampu kita untuk menolong ikhwan kita, dan sentiasa mendoakan untuk mereka. Tapi itu semua belum tentu boleh melepaskan diri kita bila disoal Allah di padang mahsyar tentang setakat mana usaha kita dalam menolong ikhwan kita ini.


Mungkin renungan anak di bawah ini semacam melemparkan satu soalan kepada kita: 'Kenapa anda yang mengaku seagama dengan aku tidak mengambil tindakan yang sepatutnya bagi menolong kami yang sedang menderita kelaparan, ketakutan dan kesakitan?'







2 comments:

Abdul Azim said...

Ya Allah bukalah pintu hati2 pemimpin Islam. Lebih2 lagi Mesir yang byk bersengkongkol dgn Israel. Kalau melawan pemerintah Mesir, pasti masuk penjara bawah tanah.
Semoga Allah beri mereka hidayah..Ameen..

Anonymous said...

arab2 yang kaya. oic yang mewah. mana mahu mencari penyakit. org kaya dan hidup mewah amat takutkan ancaman, kepayahan dan kecederaan. punca hilangnya 'jihad' adalah dari sikap sayangkan 'kaya dan mewah' itu. naluri. sbb itu Allah tidak suka kita berasa kaya. 'antumul-fuqaraa'. Allah Maha Kaya mahu kita bersederhana.
arab dan oic diulit-mayang oleh barat dgn kemewahan dan hiburan... lalu mereka jadi jauh dengan Islam. situasi ini juga berlaku kepada pemuka2 melayu-malaysia! malah mereka ikut jadi islamofobia!

 

blogger widget
Touchsmart PC