Insan ini selalu aku jumpa di merata tempat di kota ini. Pernah sekali terlihat dia sedang solat di atas kerusi rodanya dalam kesebokan di stesen LRT tempat dia selalu menjual kerepek.
Kami berjumpa lagi baru-baru ini semasa dia sedang mencari rezeki menjual kerepeknya di tengah kota. Di dalam bakul kerepeknya ada beberapa botol air mineral. Ah, mungkin aku boleh membeli air mineral itu di tengah panas terik ini sambil menolong insan ini, fikirku.
Aku menghampiri insan ini dan menghulurkan tanganku ke arah botol air mineral di ribaannya. Cepat-cepat dia berkata 'Air ni saya tak jual, bang. Air ni saya guna untuk ambil wudhu'.
Ah, betapa insan ini begitu menjaga kefardhuannya di tengah panas terik kota ini, di sebalik kekurangan yang ada padanya, dan di masa di mana terlalu sedikit manusia yang peduli tentang soal ini. Beruntunglah ibu yang melahirkan kau, wahai insan cacat.
Aku mengambil beberapa bungkus kerepek dan meletakkan not kertas di atas ribanya. 'Banyak ni, bang. Ini bakinya', ujarnya. Aku tersenyum memberi isyarat untuknya menyimpan duit itu. 'Terima kasih, bang. Saya doakan abang nanti'.
Untuk kesekian kalinya aku dengar kata-kata itu. Semoga doamu dimakbulkan Allah, dalam solatmu di bawah terik matahari di tengah hiruk pikuk manusia kota ini.

5 comments:
Very touching and sungguh menginsafkan...Orang yang sempurna sifatnya kekadang tak tahu bersyukur kepada Allah kerana merasa dirinya tiada kekurangan apa-apa
Alhamdulillah, berkat asuhan ayah ma, kita tidak betah melihat orang susah. Hati kita mudah cair bila melihat penderitaan orang lain....ayah tentu tersenyum 'di sana' melihat hasil yang dituainya.
kehidupan adalah sebuah pentas.. kita penonton, kite jugalah pelakonnya.. dalam menonton, kita harus berlakon..dalam berlakon, kita juga harus menonton..
suatu kisah pengajaran tentang kehidupan yang amat menginsafkan.. tersentak hati ini mengenangkan kelebihan diri yang ada tetapi tidak dimanfaat sebaiknya...
mohon semoga kita semua dalam jagaan dan kasih sayang-Nya
Allahuakbar
semua perkara adalah mihnah untuk manusia. insan ini mungkin dicuba dgn kecacatannya, dan dia berjaya melaluinya dgn mencari rezeki dan tidak mengemis. jika kita hanya melihat saja, kita yg gagal dlm mihnah ini.
alam dan manusia adalah tarbiyah berpanjangan untuk kita.
1. Dia OKU, masya Allah.
2. Dia tetap mencari rezeki tanpa meminta2.
3. Dia tetap memelihara hubungannya dgn Allah.
4. Dia ikut mendoakan utk insan lain.
5. Mengapa kita dipertemukan dgn insan begitu?
Hidup: liyabluakum ayyukum ahsanu amala...
moga kita semua termasuk insan itu dirahmati Allah.
Post a Comment