Sunday, November 23, 2008

Al-Fatihah Untuk Seorang Syahidah




Memperingati seorang ibu tua, Fatma Omar al Najjar, yang syahid untuk bumi barakah Palestine tepat dua tahun lepas pada 23 November 2006. Reproduced here for all to share.


Satu Belasungkawa

Ibu tua itu
Telah menyaksikan penderitaan bangsanya di hari-hari Youm Al-Naqbah
Menjadi mainan makar sahyuni dan salibi
Telah melihat bangsanya menjadi pengungsi di mana-mana
Sedang ummahnya masih lena dalam tidur panjang

Ibu tua itu
Telah menjadi saksi kepada semua kekejaman
Di Deir Yasin, di Tel Al-Zataar
Sedang ummahnya bungkam bisu tanpa bicara

Ibu tua itu
Telah mendengar tangisan anak-anak
Telah mendengar ratapan ibu-ibu
Telah melihat darah syahid para pemuda
Telah menyaksikan satu ummah terus dihina
Oleh satu bangsa daki-daki Khaybar
Di Sabra dan Shatila, Hebron, Jenin, Ramallah, di mana-mana
Dan ummahnya hanya mampu bersuara di meja persidangan

Ibu tua itu
Mungkin pernah bertanya dirinya
Di manakah seorang Al-Faruq ummah ini
Yang mampu meruntuhkan kuasa salibi
Atau di manakah seorang Salahuddin
Yang dapat mengembalikan Al-Aqsa ini

Ibu tua itu
Air matanya telah kering kerana satu penderitaan panjang
Melihat anaknya syahid di tangan kotor sahyuni
Menyaksikan suami dan lima anaknya di balik jeriji besi Yahudi
Hatinya terus membara kerana kemandoman ummah yang tidak berkesudahan
Jiwanya menjadi kental kerana ummah terus leka dengan keduniaan

Dan hari itu
Matanya melihat mayat-mayat kaku
Kanak-kanak, wanita dan orang tua
Telinganya mendengar ratapan penuh sayu
Darah merah memenuhi bumi barakah Palestin
Di satu hari di Beit Hanoun

Ibu tua itu
Nekad menuju ke arah soldadu sahyuni
Dengan cekal ingin menemui syahidnya
Dan jasadnya berkecai di atas tanah Palestin
Bumi barakah itu

Sejuta doa untuk seorang ibu tua menuju taman Firdausi
Satu belasungkawa untuk satu ummah yang masih lena dibuai duniawi


anaktimurlaut
30 November 2006

3 comments:

Anonymous said...

Al-fatihah li ummu syahidah..

"smoga kita semua mampu bermujadah sepertinya"

Anonymous said...

Allahu akbar! Melihatkan raut wajahnya sahaja sudah cukup untuk menterjemahkan keikhlasan dan perjuangan seorang syahidah...May Allah bless her soul ameen.

Anonymous said...

Allahu akbar! moga menjadi ikutan dan mangkin semangat perjuangan kepada generasi mu'min. berjihad dgn harta dan diri!

 

blogger widget
Touchsmart PC